Kerjaya Anis Nabilah

Setelah belajar untuk memasak sejak berusia 10 tahun, Anis Nabilah yakin beliau mempunyai kemahiran dan bukan hanya mencari pekerjaannya sekarang. Cita-cita beliau ialah untuk mendapatkan khidmat yang lebih berpengalaman untuk mempelajari seni memasak.[7] Anis sendiri belajar memasak ketika masih muda, katanya, menjelaskan bahawa beliau selalu memerhatikan ibunya di dapur. "Suatu hari, saya cuba membuat telur dadar sendiri. Ia ternyata menjadi kejayaan dan saya mula belajar memasak dari sudut itu."[8]

Pada usia 21 tahun, Anis telah menghadiri uji bakat dan mendapat bahagian untuk mengendalikan rancangan masakan sendiri, Icip Icip yang bersiaran di TV3. Dalam rancangan Kuali Bujang, Anis memasak untuk individu yang berstatus bujang, termasuk selebriti, dan menunjukkan kepada mereka cara mudah memasak hidangan yang hebat.[9][10]

Anis bersama tiga adik-beradik perempuannya, termasuk adiknya, Aisya Hasnaa muncul dalam rancangan drama realiti The Dream Sisters yang mengisahkan perjalanan 4 gadis jelita dalam menggapai cita-cita dan impian yang mereka hajati melalui perspekstif diri dan inspirasi yang diperolehi dari ibu bapa mereka.[11] Siri ini memulakan tayangan perdana di TV9 pada 28 Januari 2013.[12] Menerusi siri ini, Anis berdepan dengan kesukaran yang dihadapinya untuk membuka sebuah restoran.[13][14]

Anis menjadi satu-satunya cef selebriti Malaysia yang muncul dalam program travelog makan-makan My Taste of Hong Kong (TLC Asia) dan Eating Wild (Asian Food Channel).[15] Bermula 22 Mei 2016, Anis mengacarakan rancangan masakan berkonsepkan santai, Eat Clean with Anis yang bersiaran serentak di Astro Bella dan Astro Mustika HD, yang mana beliau berkongsi hampir 39 resepi baru kepada selebriti jemputan termasuk Diana Danielle, Miera Leyana, Afiq Muiz, Faizal Hussein dan lain-lain.[16][17][18]

Rujukan

WikiPedia: Anis Nabilah http://app.1000cookbooks.com/people/anis-nabilah http://www.beritakl.com/2014/06/si-kakak-anis-mema... http://www.gempak.com/artikel/1346/anis-nabilah-ko... http://dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=101242 http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d... http://rage.com.my/get-personal-anis-nabilah/ http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-antaraba... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0327&p...